MOTTO KAMI

"KITA IKHTIAR BERSAMA, TUHAN PENYEMBUH SEGALA"

5. TERAPI PILIHAN (RM60↑)

1. TERAPI PENGIKAT KASIH

Dalam mengharungi samudera kehidupan berumahtangga, setiap pasangan suami isteri inginkan kehidupan yang bahagia. Untuk mencapai kebahagiaan menuntut perjuangan dalam sebuah perjalanan yang panjang dan penuh rintangan, tentangan serta cubaan. Adakah anda (suami/isteri) tergolong dalam golongan mereka yang menghadapi masalah yang sering dikhianati, cinta terhalang oleh pihak ketiga,pasangan anda acuh tak acuh dalam hubungan, suami tidak bertanggungjawab, isteri degil dan bermasalah serta pelbagai masalah lagi dalam hubungan perkahwinan! Jika YA, jangan susah hati, berdoa dan berusaha adalah kewajipan manusia, jangan sampai hidup segan, mati tak mahu. Ikhtiarkanlah TERAPI PENGIKAT KASIH.

2. TERAPI MINDA GENIUS

Ilmu penerang Hati & Tenaga pengingat / Program Cerdas, Pintar dan Ingatan Fotografi ini sesuai untuk setiap lapisan masyarakat dan peringkat umur. Dari peringkat kanak-kanak yang berusia 3 tahun sehingga ke peringkat orang dewasa yang berusia 70 tahun atau lebih. Program ini boleh digunakan oleh seluruh ahli keluarga; ibu, bapa, abang, kakak dan adik. Ia juga sesuai untuk pelajar, mahasiswa, kerani, guru, artis, ahli politik, tokoh-tokoh korporat, pensyarah syarikat dan sebagainya.

3. TERAPI MANDI AURA

TERAPI MANDI AURA ini bertujuan untuk membangkitkan dan membuka aura pesona diri, sebagai pengasihan, menambah seri wajah, mempermudahkan jodoh, pelaris diri, karisma, pemikat, daya tarikh lawan sejenis, kewibawaan dan lain-lain. Tanpa pantangan.

4. TERAPI PUTERI PERAWAN
Banyak jalan menuju kebahagiaan. Dalam urusan rumahtangga, ramai suami dan isteri yang telah mencuba berbagai-bagai cara untuk meraihkan kebahagiaan rumahtangga yang hakiki. Salah satu upaya mempertahankan kebahagiaan suami isteri itu adalah dengan memerhatikan kepuasan hubungan seksual bersama. Pokok pangkalnya ialah suami isteri tidak boleh saling egois tetapi saling bantu membantu. Salah satu usaha ialah dengan memelihara organ intim masing-masing, yang tentunya tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Ini bererti alat kelamin harus sentiasa berada dalam keadaan bersih, dirawat dan prima.TERAPI PUTERI PERAWAN MUNGKIN MEMBANTU ANDA!

5. TERAPI KECANTIKAN

AKUPUNTUR KECANTIKAN adalah prosedur tanpa bedah yang membantu meremajakan dan merevitalisasi keseluruhan tubuh serta menunda proses penuaan. Hal ini akan memperbaiki sirkulasi darah dan Qi, memelihara kulit dan meningkatkan produksi kolagen untuk mengurangi garis-garis halus, keriput dan kulit yang kendor dan kusam. Akupunktur kecantikan didasarkan pada prinsip-prinsip pengubatan Cina, yang mencakup penusukan jarum yang sangat halus ke dalam titik-titik akupunktur yang terdapat pada wajah dan bahagian tubuh lainnya yang diperlukan. Jarum-jarum akupunktur tersebut akan menstimulasi aliran energi dan darah, meningkatkan produksi kolagen kulit, memelihara kulit dan memperkuat organ-organ dalam. Akupunktur Kecantikan bukanlah pengganti bedah, ia merupakan pelengkap alamiah yang baik sekali. Metode Pengubatan yang murah, aman, tanpa rasa sakit, tanpa kesan sampingan: tidak ada trauma yang ditimbulkan pada tubuh untuk dipulihkan.

6. TERAPI PELARISAN & KEREZEKIAN

TERAPI INI bertujuan untuk menyalurkan partikel positif ke tempat usaha dan mengaktifkan potensi keberuntungan dan kerezekian anda supaya terbuka. Kekuatan energi Pelarisan Tingkat Tinggi ini akan menyerap semua kerezekian di sekitar tempat usaha anda. Sesuai untuk sesiapa sahaja sama ada yang berniaga mahupun yang makan gaji. Semua ini adalah ikhtiar kita untuk keseimbangan usaha zahir dan rohani.