MOTTO KAMI

"KITA IKHTIAR BERSAMA, TUHAN PENYEMBUH SEGALA"

8. PERSEDIAN SEBELUM RAWATAN

Rawatan

Sabda Rasulullah S.A.W

"Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati"

Pusat Rawatan Sapta Kirana menawarkan Rawatan Alternatif bagi penyakit seperti:

Rawatan Umum
    * Gangguan Jin/Makhluk Halus
    * Sihir
    * Santau
    * Buang Susuk
    * Buang Saka
    * Pendinding Diri
    * Resdung
    * Awet Muda
    * Pelembut Hati
    * Air Selusuh
    * Air Penerang Hati
    * Murah Rezeki
    * Bekam Darah Dan Angin
    * Rawatan Alin Telur
    * Rawatan Gurah
    * Pelbagai Rawatan Untuk Semua Jenis Penyakit Zahir dan Spiritual dengan izin Allah SWT

Rawatan Khusus
    * Rawatan Ilahiah Penyuci Jiwa
    * Rawatan Memudahkan Jodoh
    * Rawatan Pengasihan dan Penyeri Wajah
    * Rawatan Pelarisan
    * Rawatan Kasih Batin dan Pengikat Kasih Sayang
    * Rawatan Menyuburkan Kandungan dan Masalah Zuriat
    * Rawatan Bagi Memulihkan Rumah dan Tempat Yang Mempunyai Gangguan Jin dan Sihir
    * Ibu Duit
 
Dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, kami akan membantu anda dalam merawat penyakit dan gangguan yang dihidapi oleh anda. Kita mampu berusaha dan berikhtiar, sembuh dan sihat adalah dengan izin Allah S.W.T



BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA UNTUK RAWATAN

Rawatan Mandian Kerohanian

Rawatan bagi membuang segala penyakit dan energi negatif seperti :
    * Sihir
    * Santau
    * Gangguan Jin/Makhluk Halus/Saka
    * Buang Susuk
    * Terapi Nur Wajah      
    * Pulih Semangat
    * Penyakit Misteri
    * Terapi Ilahiah Penyuci Jiwa
    * Terapi Mudah Jodoh

Barang-barang yang perlu dibawa untuk rawatan mandian kerohanian:

Terapi Rawatan Kerohanian Umum
    * 28 biji limau nipis atau limau purut
    * 7 jenis bunga
    * 1 akar sintok
    * Sebotol besar Air Minera

Terapi Rawatan Mudah Jodoh
    * 28 biji limau nipis atau limau purut
    * 7 jenis bunga
    * 1 akar sintok
    * Sebotol besar Air Mineral
    * Sepasang pakaian yang pernah dipakai dan telah dibasuh
    * 1 gunting yang boleh dilipa

Terapi Mandian Awet Muda
    * 7 jenis bunga yang paling disukai
    * Sebotol besar Air Mineral

Terapi Mandian Asma ul Husna Untuk Putus Ubat atau Rawatan Terakhir
    * 3 meter kain putih
    * 3 biji limau purut
    * 9 keping syiling 20 sen
    * 7 warna bunga
    * 1 akar sintok
    * Kain batik atau kain pelikat sebagai hadiah dan sedekah
    * Sebotol besar Air Mineral

Terapi Rawatan Untuk Penyakit yang Berat dan Penyakit Misteri atau Kronik
    * 2 biji kelapa muda yang telah dipotong paras atas dan bawah
    * 7 keping syiling 50 sen
    * 7 jenis bunga
    * 1 akar sintok
    * 21 biji limau purut atau limau nipis
    * Sebotol besar Air Mineral

Rawatan Pengasihan/Kasih Batin & Pelembut/Penunduk Hati
Barang-barang yang perlu dibawa untuk rawatan:
    * Gambar pesakit atau orang yang dituju
    * Barang makanan yang mudah dimakan oleh pesakit atau orang yang dituju

Rawatan Memindahkan Penyakit ke Telur &Alin Telur
Barang-barang yang perlu dibawa untuk rawatan:
    * 7 biji telur ayam kampung
    * Sebotol besar Air Mineral

Rawatan Menyuburkan Kandungan & Masalah Zuriat
Barang-barang yang perlu dibawa untuk rawatan:
    * 6 kepal kerak nasi yang dikepal dengan tangan suami (masak nasi hingga berkerak)
    * 6 kepal kerak nasi yang dikepal dengan tangan isteri (masak nasi hingga berkerak)
    * 2 botol besar Air Mineral


RAWATAN KHUSUS YANG DISEDIAKAN

Rawatan Ilahiah Penyuci Jiwa
Rawatan ini dikhususkan bagi anda yang selalu gagal dalam kehidupan, menghadapi masalah berat silih berganti, sempit rezeki, sukar dapat kerja, berat jodoh, dibenci, dihina, dimusuhi, kurang keyakinan diri dan lain lain. Rawatan yang disediakan adalah mandian kerohanian beserta didoakan pada badan. InsyaAllah, keberkesanan adalah dengan izin Allah SWT.

Rawatan Pelarisan
InsyaAllah, dengan izin Allah akan laris segala usaha dalam apa jua bentuk perniagaan samada perseorangan atau kedai, penjualan rumah/tanah/kenderaan, menarik rezeki 4 penjuru alam dan membuka pintu rezeki langit dan bumi.Pelaris Biasa : Dibekalkan dengan amalan harian penarikan rezeki.


Rawatan Pengasihan
Merukunkan/mengharmonikan rumahtangga, memisahkan lawan jenis, mendapat simpati, kasih sayang teman dan keluarga dengan izin Allah SWT.Pengasihan Biasa : Didoakan pada badan.
Pengasihan Agung : Didoakan pada badan dan dimasukkan potensi energi ilahiah dari surah Ar Ra’du ayat 31 pada wajah serta amalan pengasihan.
Rawatan Memudahkan Jodoh
Akan dibukakan simpul penghalang untuk mempercepatkan jodoh,membuka sinar yang gelap sehingga memancarkan cahaya yang akan menarik lawan jenis dengan izin Allah SWT.
Rawatan Biasa : Pembersihan pada badan dan wajah serta amalan jodoh.
Rawatan Agung : Pembersihan pada badan dan wajah, memasukkan potensi energi ilahiah pada wajah serta amalan jodoh.

Rawatan Terapi Nur Wajah
Kombinasi energi ilahiah yang di petik dari ayat 31 Surah Ar Ra’du yang mengaktifkan seluruh simpul batin yang akan mempercantikkan/mempertampankan wajah, awet muda, menarik karisma/daya wibawa/penunduk, menarik simpati lawan jenis, menarik rezeki, disayangi orang dan lain lain dengan izin Allah SWT (Bukannya seperti susuk berlian, intan, emas. Ianya murni, cahaya dari ayat 31 Surah Ar Ra’du) Rawatan mandian kerohanian pengisian doa pada badan dan dimasukkan cahaya ayat 31 surah Ar Ra’du pada wajah.


Kasih Batin dan Pengikat Kasih Sayang
Meningkatkan/mengikat cinta kasih rindu suami isteri,merukunkan/menyatukan keluarga yang diambang kehancuran, penyatuan hati rakan rakan dan taulan dengan izin Allah SWT. Amaran! Tidak dibolehkan digunakan untuk kejahatan.


Menyuburkan kandungan dan mendapatkan zuriat
Berusaha menyelesaikan masalah anda yang tidak mempunyai cahaya mata atau ingin menambah cahaya mata. Ramai yang sudah dirawat dan berhasil mendapatkan zuriat.

Memulihkan rumah dan tempat yang mempunyai gangguan jin dan sihir
Memulihkan rumah /kedai/ pejabat dan tempat yang mempunyai gangguan jin dan sihir yang membuatkan timbul pelbagai masalah yang tidak di ingini pada rumah dan tempat dengan izin Allah SWT.

Ibu Duit (Untuk Pelarisan dan Kerezekian)
Wang kertas RM100 atau RM50 digunakan untuk ibu duit yang diisikan dengan ayat al-Quran dan doa pilihan bertujuan untuk pelarisan dan kerezekian. Kaedah ini memberi peluang kepada anda untuk menggandakan rezeki anda kepada 10 kali ganda. Wang anda akan dinazariahkan dan akan menarik rezeki 4 penjuru alam. Ianya bukan azimat tetapi sebagai denak untuk menarik rezeki dari berbagai penjuru. Anda akan dibekalkan amalan wirid penarikan rezeki untuk mengaktifkan wang tersebut dengan izin Allah SWT.